RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Matematik
Kelas : 3 Tekun
Tarikh : 6 Oktober 2011
Masa : 3.10 – 3.40 petang (30 minit)
Bilangan murid : 34 orang
Tajuk : Ruang dan Bentuk
Bidang pembelajaran : Bentuk 3-D
Objektif pembelajaran: Memahami, menerangkan dan mengklasifikasikan bentuk 3-D
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid – murid dapat:
A Menguasai isi kandungan memahami,menerangkan dan mengklasifikasikan bentuk 3-D
a. menamakan dan menyebut bentuk-bentuk 3-D
b. menerangkan perbezaan bentuk dan bahagian-bahagian bentuk 3-D
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a. mencari jalan kerja bagi mendapatkan jawapan
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a. melibatkan diri secara aktif dalam kelas semasa menjawab soalan yang
diberikan guru dan sentiasa menumpu perhatian terhadap P&P di dalam kelas.
b. bersikap bekerjasama antara ahli kumpulan bagi membantu sesama ahli
semasa mendapatkan jawapan kepada soalan yang diberikan oleh guru.
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Bentuk 3-D
a. rectangular prism
b. triangular prism
c. square prism
d. piramid
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
1. kad imbasan
2. Lembaran kerja
3. Lampiran
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid-murid telah didedahkan dengan bentuk-bentuk 3-D dalam pembelajaraan dan pengajaran (P&P) yang lepas . Murid telah didedahkan dengan bentuk-bentuk asas 3-D semasa tahun 2.
Aktiviti | P&P | |||
Fasa | Isi kandungan | Aktiviti guru | Aktiviti murid | Nota |
Set induksi / mencungkil idea ( 4 minit ) | 1. Guru membuat ulangkaji dan mengingatkan kembali pembelajaran dan pengajaran yang lepas. (Oreintasi idea berdasarkan pengetahuan sedia ada) | 1. Guru bertanyakan kepada murid apa yang mereka ingat mengenai 3-D. 2. Guru menunjukkan contoh- contoh 3-D yang terdapat di dalam kelas. 3. Guru menunjukkan gambar 3-D supaya murid-murid bersedia untuk meneruskan P&P. | Murid memberi respon. | Strategi/ teknik: Penyoalan keseluruh kelas. Sumber pengajaran : 1.bentuk 3-D 2.flashcard- bentuk 3-D |
Menstruktur semula. Aktiviti 1 ( 6 minit ) | 1. Memperkenalkan bentuk-bentuk 3-D | 1. Guru menunjukkan bentuk- bentuk 3-D yang telah disediakan. Contohnya Rectangular prism Silinder 2. Guru telah meminta murid- murid menyebut bentuk- bentuk 3-D yang ditunjukkan. 3. Guru menunjukkan bentuk 3-D dan meletakkan bentuk kepada gambar dan menyebut nama 3-D dan mengejanya dengan betul. | Murid memberi respon dan perhatian terhadap penerangan guru serta mengangkat tangan semasa menjawab soalan yang diberikan. | Strategi/ teknik: Penyoalan keseluruh kelas. Sikap saintifik dan nilai murni - tekun - penglibatan aktif - menghargai ilmu Sumber - flashcard. - gambar bentuk 3-D |
Aktiviti 2 ( 7 minit ) | 1. Guru menujukkan bentuk 3-D dan bentangan yang terdapat pada bentuk 2-D kepada murid. | 1. Guru menunjukkan bentuk- bentuk 3-D bersama bentangan bentuk 3-D. 2. Ketua kumpulan mengambil bahan yang telah disediakan oleh guru 3. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan membentang hasil kumpulan | Murid memberi perhatian terhadap penerangan guru dan menyiapkan tugasan kumpulan yang diberikan besama-sama. | ABM: - kertas A4 - gam - gunting |
Aktiviti 3 ( 7 minit ) | 1. Membuat latihan bertulis. | 1. Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap murid. 2. Guru membacakan arahan dan murid boleh berbincang dalam kumpulan untuk menyiapkan latihan yang diberikan. | Murid mendengar soalan yang diberikan dengan teliti. Murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab soalan. | ABM : - lembaran Kerja |
Penutup / Aplikasi idea ( 5 minit ) | Berbincang jawapan bersama murid. | 1. Guru berbincang jawapan dengan murid. 2. Guru menunjukkan semula bentuk dan bentangan 3-D kepada semua murid untuk mengukuhkan lagi ingatan murid. 3. Guru memberikan latihan tambahan sebagai kerja rumah iaitu latihan di dalam buku aktiviti muka surat 126 dan 127. | Murid memberi respon tentang jawapan kepada soalan yang diberikan. | Strategi/ teknik: Penyoalan keseluruh kelas. ABM : - lembaran kerja - buku aktiviti matematik |