Sunday, 11 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Bentuk 3-D

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran           :           Matematik
Kelas                          :           3 Tekun
Tarikh                         :           6 Oktober  2011
Masa                           :           3.10 – 3.40 petang  (30 minit)
Bilangan murid          :           34 orang
Tajuk                           :           Ruang dan Bentuk
Bidang pembelajaran :          Bentuk 3-D
Objektif pembelajaran:         Memahami, menerangkan dan mengklasifikasikan bentuk 3-D

Hasil pembelajaran:  Di akhir sesi pembelajaran ini, murid – murid  dapat:
A          Menguasai isi kandungan memahami,menerangkan dan mengklasifikasikan bentuk 3-D
            a.   menamakan dan menyebut bentuk-bentuk 3-D
            b.   menerangkan perbezaan bentuk dan bahagian-bahagian bentuk 3-D

B          Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
                        a.    mencari jalan kerja bagi mendapatkan jawapan

C         Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
            a.   melibatkan diri secara aktif dalam kelas  semasa menjawab soalan yang                          
                  diberikan guru dan sentiasa menumpu perhatian terhadap P&P di dalam kelas.
            b.   bersikap bekerjasama antara ahli kumpulan bagi membantu sesama ahli 
                  semasa  mendapatkan jawapan kepada soalan yang diberikan oleh guru.

Konsep/prinsip/hukum/teori:
Bentuk 3-D
                        a.   rectangular prism  
                        b.   triangular prism
                        c.   square prism
                        d.   piramid

Bahan, peralatan dan bahan sumber:

1.  kad imbasan
2.  Lembaran kerja
3.  Lampiran


Pengetahuan Sedia Ada :
Murid-murid telah didedahkan dengan bentuk-bentuk 3-D dalam pembelajaraan dan pengajaran (P&P) yang lepas . Murid telah didedahkan dengan bentuk-bentuk asas 3-D semasa tahun 2.









Aktiviti
P&P

Fasa
Isi kandungan
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Nota
Set induksi / mencungkil idea
( 4 minit )

1. Guru membuat
    ulangkaji dan
    mengingatkan
    kembali
    pembelajaran
    dan pengajaran
    yang lepas.

    (Oreintasi  idea  
    berdasarkan
    pengetahuan sedia
    ada)
1.  Guru bertanyakan kepada
    murid apa yang mereka
    ingat mengenai 3-D.

2.  Guru menunjukkan contoh-
    contoh 3-D yang terdapat di
    dalam kelas.

3.  Guru menunjukkan gambar
    3-D supaya murid-murid
    bersedia untuk meneruskan
    P&P.

Murid memberi respon.
 Strategi/ teknik: Penyoalan keseluruh kelas.

Sumber pengajaran :
1.bentuk 3-D
2.flashcard- bentuk 3-D
Menstruktur semula. Aktiviti 1
( 6 minit )
1.  Memperkenalkan  
     bentuk-bentuk 3-D
1.   Guru menunjukkan bentuk-
    bentuk 3-D yang telah
    disediakan. Contohnya

Rectangular prism

Silinder

2.  Guru telah meminta murid-
    murid menyebut bentuk-
    bentuk 3-D yang
    ditunjukkan.

3.  Guru menunjukkan bentuk
    3-D dan meletakkan bentuk
    kepada gambar dan
    menyebut nama 3-D dan
    mengejanya dengan betul.




Murid memberi respon dan perhatian terhadap penerangan guru serta
mengangkat tangan


semasa menjawab soalan yang diberikan.
Strategi/ teknik: Penyoalan keseluruh kelas.




Sikap saintifik dan nilai murni
-  tekun
- penglibatan
   aktif
- menghargai
   ilmu

Sumber
-  flashcard.
- gambar
   bentuk 3-D
Aktiviti 2
( 7 minit )
1.  Guru menujukkan
     bentuk 3-D dan
     bentangan yang   
     terdapat pada
     bentuk 2-D kepada
     murid.
1.  Guru menunjukkan bentuk-
    bentuk 3-D bersama
    bentangan bentuk 3-D.

2. Ketua kumpulan mengambil
    bahan yang telah
    disediakan oleh guru

3. Murid membuat aktiviti
    dalam kumpulan dan 
    membentang hasil
    kumpulan

Murid memberi perhatian terhadap penerangan guru dan menyiapkan tugasan kumpulan yang diberikan besama-sama.
ABM:
- kertas A4
- gam
- gunting



Aktiviti 3
( 7 minit )
1.  Membuat latihan
     bertulis.
1.  Guru memberikan lembaran
    kerja kepada setiap murid.

2.  Guru membacakan arahan
     dan murid boleh berbincang
     dalam kumpulan untuk
     menyiapkan latihan yang
     diberikan.



Murid mendengar soalan yang diberikan dengan teliti.

Murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab soalan.
ABM :
- lembaran
   Kerja
Penutup / Aplikasi idea
(  5  minit )

Berbincang jawapan bersama murid.
1.  Guru berbincang jawapan
    dengan murid.

2.  Guru menunjukkan semula
    bentuk dan bentangan 3-D
    kepada semua murid untuk
    mengukuhkan lagi ingatan
    murid.

3.  Guru memberikan latihan
    tambahan sebagai kerja
    rumah iaitu latihan di dalam
    buku aktiviti muka surat 126
    dan 127.
Murid memberi respon tentang jawapan kepada soalan yang diberikan.
Strategi/ teknik: Penyoalan keseluruh kelas.

ABM :
- lembaran
   kerja
- buku aktiviti
   matematik



No comments:

Post a Comment